Sebagai organisasi yang prihatin terhadap kebajikan ahli koperasi, MYANGKASA EMAS MEDICARE SDN BHD menawarkan penjagaan kesihatan kepada para ahlinya melalui Program EMAS untuk Gaya Hidup Lestari.
Program EMAS adalah sebuah program komprehensif untuk Gaya Hidup Lestari yang bertujuan untuk menyokong dan melengkapkan usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup warga Malaysia melalui penyediaan Perlindungan Penjagaan Kesihatan (Takaful/Insurans) yang lebih baik, Bantuan Kecemasan Luar Negara, Kad Ganjaran Pulangan Tunai, Perkhidmatan Pengurusan Pengebumian Profesional serta Diskaun untuk Yuran Penulisan Wasiat dan Yuran Pentadbiran Harta Pusaka.