Perpetual Trustees Berhad menyediakan perkhidmatan yang merangkumi Amanah Korporat, Amanah Individu, penulisan Wasiat dan Penjagaan, perkhidmatan Penjagaan dan Pentadbiran Harta Pusaka.
Khususnya, untuk Program EMAS, ahli yang melantik Perpetual Trustees Berhad sebagai Pemegang Amanah akan mendapat manfaat dalam bentuk rebat untuk fi penulisan wasiat dan yuran pentadbiran harta pusaka oleh Perpetual Trustees Berhad.
Perpetual Trustees Berhad mempunyai pelbagai produk amanah untuk memenuhi pelbagai keperluan individu.
Perpetual Trustees Berhad mempunyai kemahiran untuk menyusun semula produk amanah bagi individu yang memiliki aset bernilai tinggi di dalam dan di luar negara.