MyAngkasa Emas Medicare Sdn Bhd (MAEB) adalah sebuah anak syarikat MyAngkasa Holdings Sdn Bhd. Kedua-dua buah syarikat ini adalah anak syarikat Angkasa (Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad). Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah adalah Pengerusi MAEB.
MAEB ditubuhkan pada 23 Mei 2018 dan fungsi utama kami adalah untuk mengurus dan melaksanakan program gaya hidup untuk para ahli daripada 11,000 buah koperasi yang berdaftar di bawah Angkasa.